Nama dan istilah Negara_(politik)

  • Nama state dalam Bahasa Inggeris juga digunakan untuk merujuk kepada pembahagian politik subnasional dalam satu sistem persekutuan, sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, istilah ini mempunyai nama lain iaitu negeri. Lihat Negeri, Negeri (undang-undang) dan Persekutuan.
  • Dalam pengunaan harian Bahasa Inggeris nama country, nation dan state digunakan secara kasual sebagai sinonim, tetapi definasi betulnya adalah:
    • country adalah kawasan geografi.
    • nation adalah budaya atau bangsa (tetapi national dan international mempunyai maksud yang mengelirukan dengan merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi hal ehwal states, seperti "national capital" dan "international law". Masalah ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu dengan penggunaan perkataan "kebangsaan" dan "antarabangsa" berdasarkan perkataan "bangsa" merujuk secara betulnya kepada konsep negara secara bangsa dan budaya.)
    • state merujuk kepada kerajaan dan entiti dalam undang-undang antarabangsa.
    • Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan khas untuk negara dalam tiga aspek ini. Hakikatnya penutur Melayu menganggap nation dan country sebagai negara dan perkataan state difahami sebagai negeri kerana penutur Bahasa Melayu secara majoritinya tinggal di negara Malaysia yang mengamalkan persekutuan. Oleh itu, berlakunya kekeliruan akan maksud sebenar nation, country dan state di kalangan mereka.
  • Kini, kawasan tanah permukaan Bumi dibahagikan antara kira-kira lebih 200 negara yang wujud sekarang, dengan benua Antartika menjadi kes khas dimana negara tidak memerintah tanahnya. Terdapat juga kawasan dimana kuasa negara wujud secara teori, tetapi tidak dalam realiti, seperti negara Somalia. Lihat Negara gagal.
  • Meskipun perkataan nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) dalam Bahasa Inggeris mempunyai maksud jelas, perkataan-perkataan ini dicampurkan maksudnya dalam penggunaan harian dan boleh diberikan definasi-definasi lain yang mengelirukan. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

Rujukan

WikiPedia: Negara_(politik) http://books.google.com/books?id=1QrSKH_Q5M8C&pg=P... http://books.google.com/books?id=4AE8ur83g8AC http://books.google.com/books?id=5OTyH71czwsC&pg=P... http://books.google.com/books?id=6YxnWSrZJWsC&pg=P... http://books.google.com/books?id=GXz9xHdHeZcC http://books.google.com/books?id=Lc_nMFoGcYkC http://books.google.com/books?id=Pr8tAAAAYAAJ http://books.google.com/books?id=V5dkKYyHclwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=_MdR_fvPxZoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=_MdR_fvPxZoC&pg=P...